Dewan Masyarakat kulit majalah


1480610_168850726659028_1098358548_n

 

15 Dec 2013 – Syukur, sekali lagi kerja seni saya diterima pakai. Kali kerja seni saya kali ini diterbitkan oleh Dewan Masyarakat dan dijadikan muka hadapan majalah. Gambar ini saya hasilkan ketika menyelam sambutan merdeka dan project aware di Pulau Payar bersama UiTM Arau dan Kamikaze diver. Saya memilih en. Azwan dan buah hatinya sebagai model . Pada saya menghasilkan sesebuah gambar mestilah dari hati kerana penghasilan dari hati akan memberi rasa kasih didalam gambar apabila di tatap oleh pembaca. Saya bersyukur kerana gambar ini diguna pakai dan saya amat berterima aksih kepada Cik Aninah Janang dari Dewan Masyarakat. Terima Kasih

Advertisements

Pulau Payar Project Aware – bersama Ocean Research Conservation And Advance ( ORCA ) Uitm Perlis


Rehabilitasi Terumbu Karang Unit Ocean Research  Conservation And Advance ( ORCA ) Uitm Perlis bersama Kamikaze Diver 

Untitled-1

DCIM101GOPRO

 1185999_375704845892700_1903709864_n

Pulau Payar. Sebuah pulau terletak  lebih kurang 30 minit dari pulau Langkawi. Laut membiru berlatar belakangkan kehijauan hutan tropika, pasir memutih, deruan ombak, air yang jenih memukau mata saya ketika menjejakkan kaki buat kali pertama di sini. Kelihatan tidak kurang 200-300 orang sedang mandi manda, menyelam dan snorkeling . kemudahan pengangkutan feri dari langkawi dan Penang menjadikan Pulau Payar salah satu destinasi persinggahan memudahkan pelancong luar dan dalam Negara mengunjugi pulau ini. Beberapa aktiviti seperti mendaki bukit, jejak rimba dan memerhati mentari terbenam dari menara juga boleh dilakukan di sini.  Diperjalanan kami disambut oleh sekawan Dolphin yang tidaks empat di gambar. Mengikut maklumat yang diterima di sini terdapat juga ikan paus jenis Whale Shark serta Black Tip Shark yang menjadi kegemaran para penyelam untuyk ditemui.  Ketiadaan resort dan chalet membuatkan pulau ini masih asli di darat dan di dasar lautnya. Namun keindahan ini tidak akan kekal tanpa pemeliharaan, pemuliharaan memperbaiki kerosakan yang pemanasan glodal dan perubahan iklim mahupun unsur antropogenik daripada aktiviti manusia . Pada hari pertama saya dibawa melawat ke Makmal Sains UitM perlis diperkenalkan dengan peralatan penyelidikan. Kagum dengan peratalatan yang digunakan da nada antaranya berharga rm1 juta . Alat- alat ini sebahagiannya digunakan bagi memastikan kajian dapat dijalankan bagi mengawal keselamatan makanan dari laut seperti antaranya kandungan merkuri yang tinggi dan bahaya.

1175562_377005299095988_564579626_n

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

Memang indah menikmati percutian di sini tetapi tahukah kita penyelidikan dan pemuliharaan dijalankan di Pulau Payar bagi memastikan keindahannya masih tersedia untuk anda di masa hadapan?. Bagi mengekalkan dan menambahbaikan terumbu karang, UitM Perlis Unit Ocean Research  Conservation and Advance ( ORCA ) Uitm Perlis telah menjalankan Rehabilitasi terumbu karang dikawasan pulau Payar ini. Bemula mei 2013 program dijalankan hamper setiap bulan . Dibawah seliaan En. Jamil B. Tajam Pensyarah Program Teknologi Merin UitM Perlis, En. Abd. Hapes B. Mohammad fakulti  Sains Komputer dan Maklumat Uitm , En. Norazwan B. Mokhtar dan Tukun tiruan yang dibuat daripada simen ph8 berbentuk silinder serta batu karang dibiakkan di atas tukun tiruan ini. Tukun juga berperanan sebagai pemampan / alat memperlahankan ombak . Spesis acropora, porites, soft coral digunakan sebagai coral pilihan untuk propagasi batu karang ini.  Setakat ini telah terdapat 10 tukun tiruan di turunkan yang berdiameter 1 meter setiap satu di kawasan tidak jauh dari pantai . Bagi tujuan penyelidikan ini dibiayai sepenuhnya oleh Geran Penyelidikan Jabatan Taman Laut Malaysia berjumlah 20 ribu setahun.

DCIM101GOPRO

En. Jamil b. Tajam Pensyarah Program Teknologi Merin UitM Perlis  –  “ Stesen tetap alat pengukur parameter fiziko kimia air ‘Integrated Coral monitoring system iCOMS ‘ yg telah dibangunkan sepenuhnya oleh UitM Perlis dengan kerjasama Jabatan Taman laut Malaysia telah di pasang di sini. Beberapa lokasi lagi akan dipasang dengan alat ini seperti Pulau Tinggi Mersing dan beberapa lokasi yang akan dikenal pasti . Uitm mengalu- alukan sokongan syarikat- syarikat persendirian untuk menyumbang dana penyelidikan mahupun tenaga, idea memulihara dan memelihara persekitaran merin khususnya terumbu karang yang kini terancam oleh pemanasan glodal dan perubahan iklim mahupun unsur antropogenik daripada aktiviti manusia “.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

IMG_3605

Setelah melakukan selaman sebanyak 6 kali dikawasan ini saya dapat melihat kepelbagaian spesis ikan antaranya jack travely, Triger fish, schoof of yellow snapper dan yang paling memukau mata saya adalah clown fish ( nemo ) yang banyak serta warna yang cantik mudah dilihat di sini . Tidak kurang lebih 100 spesis ikan dapat saya lihat dan saya pasti terdapat lebih lagi di di lokasi menyelam Pulau Payar yang tidak sempat saya selami. Batu Karang juga pelbagai jenis yang memberikan pemandangan persekitarannya indah. Lokasi menyelam yang tidak jauh dari pantai memudahkan penyelam menikmati keindahan dasar lautnya tanpa memerlukan perjalanan jauh ke satu- satu lokasi menyelam. Kepada penyelam yang berminat untuk menikmati keindahan dasar laut disini secara snorkeling mahupun diving boleh hubungi En. Norazwan pengelola Kelab Kamikaze Diving Center ( Arau ) di talian 0195425885  dan Iskandari Diving Center ( Alor Setar ) di talian 0125048407 Ed Barracuda.  Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur saya menemui sebuah gerai “Olala laksa dan cendol “ di kg Mergong Jalan Shahab Alor Setar yang telah menambat hati saya dengan rasanya yang hebat yang belum pernah saya temui . Akhir kata ,berbanggalah bercuti di dalam negara kita.

Underwater Photographer – apo bondo eh tu? colop kamera dalam baldi ko?


Apakah itu underwater photographer?. Underwater yang bermaksud bawah air ataupun di dalam air membawa makna kita di dunia basah bersama kamera. Pelbagai definasi dan percanggahan pendapat dalam hal ini dan saya cuba memperjelaskan makna dan perbezaannya. Celup kamera dalam baldi ambil gambar patung doreamon , Letak kerusi dalam kolam renang duduk pakai baju kahwin, celup kamera dalam parit belakang umah pun boleh juga mengelar diri ” underwater photographer” . Namun adakah ini cukup untuk mengelar diri photographer underwater profesional kerana jika ini cukup ?. Mari kita baca dan fahami agar sama- sama kta faham.

Apo bezonyo amik gambar dalam laut dongan dalam baldi atau kolam ronang? . Jawapan saya hanya satu iaitu ILMU, KEMAHIRAN dan PENYAMPAIAN. Mudah kata anda yang baru selesai menjalani kursus menyelam pun boleh membawa kamera ke dalam kolam atau celup di dalam baldi dan TETAPI berapa ramaikah yang berjaya menyelamatkan kamera mereka daripada tidak hilang ketika membawa kamera menyelam semasa baru selesai kurusus menyelam? Terlalu ramai yang gagal memastikan kembali daripada menyelam dengan kamera juga adalah satu masaalah apatah lagi mendapatkan gambar- gambar indah yang berkualiti.  KEMAHIRAN – Berlawan dengan arus, air yang kabut, bahaya binatang berbisa dan pelbagai lagi yang harus di pelajari serta difahami  diperlukan ketika berada di dasar laut. Kemahiran yang tinggi hanya diperolehi daripada kekerapan anda menyelam kerana buku tidak dapat memebrikan kemahiran ini. ILMU ,Contoh: dua penyelam seorang dari laut dan seorang baru naik dari kolam atau baru lepas celup ambil gambar didalam baldi. soalan saya adalah, kamera yang mana satukah dipenuhi ILMU ?.  PENYAMPAIAN – Adakah gambar wanita seksi atau pengantin duduk di kerusi didalam kolam itu yang kita nak persembahkan pada anak- anak atau hidupan laut ciptaan Tuhan yang kita sendiri adalakanya baru pertama kali lihat ?. Saya juga menyelam di dalam kolam namun ianya adalah pengisian masa lapang namun keutamaan adalah lautan. Kebelakangan ini masyarakat di Malaysia terutamanya disalah berikan info akan maksud Underwater photography PROFESIONAL atau adakah perlu dua pecahan iaitu underwater photographer ocean , underwater photographer bucket or pool ?. Saya rasa tidak perlu kerana cukup kita memahami walau ada orang mensalah tafsirkan.

Saya yang masih mentah dalam photography cuba mencari pelbaga pendapat dan melawat beberapa nama besar did alam negara dan luar negara bagi memahami maksud sebenar “underwater photographer” dari segi keperibadian, kesenian, tahap kefahaman dan kemahiran di dasar laut.  Antara yang pernah saya temui adalah “Mat Yie” di flora resort perhentian besar . Mari kita lihat maksud saya didalam kerja beliau:-

988797_10152852158725075_568027408_nMat Yie – Flora bay Resort Perhentian Besar

170349_10150100037779089_7627913_opicture by Mat Yie.

134768_499254804088_6596008_oPicture by Mat Yie

78029_479636534088_6152577_oPicture by Mat Yie ( Pool – malay wedding dress )

MAT YIE –  Seorang diving instructor yang menjadikan photography sebahagian hidup beliau. menghabiskan masa di lautan dan sesekali mengisi masa lapang  didalam kolam. Menyampaikan keindahan ciptaan Tuhan yang ada di dalam lautan.

            Saya akan bawa pembaca melihat seni dari seorang lagi sifu besar di Malaysia iaitu Mohd hazli hassan atau dikenali dengan Bobo yang menyalurkan cerita keindahan , memulihara dan memelihara keindahan lautan di dalam surat khabar Utusan Malaysia dan majalah Kamera.

988228_10201383499615916_1385599092_nMohd Hazli “Bobo”  Hassan

3327_70708018231_1755464_n

3327_70708048231_3806841_n

175767_10150290004808232_7727354_oMOHD HAZLI HASSAN “BOBO” –  juga seorang instructor dan fokus kepada scuba kids Malaysia. penyerapan cintakan keindahan lautan melalui gambar dan pembelajaran oleh beliau kepada kanak-kanak yang pasti akan membuatkan Malaysia dibanjiri masyarakat mencitai lautan di masa hadapan!.

1015283_10151520307312336_2146071719_oTengku Nazihah

TENGKU NAZIHAH – Seorang wanita dan seorang yang telah bergelar Ibu yang saya pandang tinggi namun tidak sempat lagi saya bongkar rahsia beliau. Tengku Nazihah seorang underwater photographer lautan yang memiliki ” mata ketiga “sering berjaya menghasilkan teknik dan corak editing yang amat berkualiti tinggi.  Mari saya kongsikan beberapa gambar beliau. TERPUKAU BUKAN? 🙂

278230_10151247655847774_1817099035_o

620951_10151148871652774_493322165_o

547922_10151038143712774_1817481864_n

BAHAMAN HASHIM – Saya akhiri dengan satu lagi nama legenda antara Underwater Photograper No1 di Malaysia iaitu Bahaman Hashim fiunder Dive Buddy Malaysia . Beliau juga seorang pensyarah Photography bebas kepada UNISEL . Ribuan insan seni photography telah beliau hasilkan di Malaysia . Hidup bersama lautan hampir sama dengan usia saya. Mari kita lihat gambar- gambar yang dihasilkan oleh lagenda ini.

1039498_10151537286403282_2001323649_o

706273_10151169929758282_167321138_o

1119854_10151603823618282_1335639788_o

10120_132688448281_4973009_n

Bahaman hashim yang ini berusia 52 thn mendapat pendidikan di UitM pada usia 19 thn dan Art Institute Of Chicago USA 24 thn kini mengusahan sebuah dive shop di akuatik Shah Alam sebagai Pensyarah bebas photography UNISEL dan juga instructor menyelam PADI. Keseniaan beliau sukar untuk diungkapkan dengan kata- kata selain memahami dengan hati seni para pembaca. Apabila beliau tidak ke laut maka bagi mengisi masa lapang Bahaman hashim  menyediakan sebuah studio bagi yang berminat mengambil gambar perkahwinan, iklan dan sebagainya di Aqua Light and Motion di Shah Alam.

1053319_10151542976043282_1235468519_o

1063773_10151548136373282_1862994413_o

Mereka-mereka ini adalah antara yang saya sempat  berjumpa dan kenali hasil seni mereka dan pada saya mereka inilah “Underwater Photographer” sebenar. Menyampaikan ilmu kepada masyarakat dan anak- anak kita amnya. Insyallah saya akan temui ramai lagi Underwater Photographer Ocean. Di masa hadapan sendainya ada manusia mengelar diri mereka ” saya adalah pengasas ataupun saya adalah underwater photographer underwater No1 Malaysia atau terbaca di mana- mana akhbar menerbitkan hal ini pastikan kita lihat adakah ianya mengatakan tentang Underwater Photographer ocean atau underwater photographer bucket / Pool.  Pada saya Underwater photographer adalah seseorang yang memiliki lesen menyelam dan photography yang mengkongsikan keindahan ciptaan Tuhan pada manusia lain . Saya tidak mahu salahkan pihak akhbar 100% kerana mereka cuba membantu tapi kerana kurang pengetahuan akan diving itu sendiri membuatkan mereka menerima apa yang diperkatakan oleh photographer itu. Mereka berniat baik cuma terjumpa manusia yang salah.  Kepada media saya kongsikan sedikit tips menilai photographer underwater ” ILMU, KEMAHIRAN DAN PENYAMPAIAN” . Jadikan 3 perkara ini dalam menilai seseorang antara photographer underwater ( Ilmu Kemahiran ) dan photographer underwater profesional ( Ilmu, Kemahiran dan Penyampaian ).

     Tidak semudah photographer didarat menjadi underwater photographer lautan adalah seuatu yang memerlukan skill menyelam yag tinggi serta skill penggunaan peralatan kamera yang baik. Bukan itu sahaja malahan harga peralatan kamera dasar laut yg boleh mencecah rm50K! dan berisiko rosak oleh air pada bila-bila masa atas sedikit kecuaian membuatkan tidak ramai orang mahu menerokai aktiviti ini.   Kepada pembaca yang melihat mana- mana hasil seni photography dasar laut hargailah kerana gambar- gambar ini di hasilakn agar anda dapat melihat keindahan dasar laut ciptaan Tuhan bersama . Mari saya tunjukkan bagaimanakah sebuah set lengkap kamera dasar laut dikemudi.

IMRAN AHMAD –  Warga Singapura yang namanya kini amat terkenal di serata dunia kerana penghasilan gambar yang amat hebat. Belaiu banyak menghabiskan masa di Malaysia mempersembahkan keindahan Malaysia kepada dunia. Antara hasil kerja beliau boleh di lihat di sini http://www.uwphotographers.net/2012/02/uwp-imran-ahmad.html .  Lihatlah keindahan hasil jemari Imran Ahmad. Insyallah saya akan menemui beliau di masa hadapan bagi mendapatkan ilmu dan nasihat photography dari beliau.

1167163_10151686670206921_534465417_o

1243681_10151658570271921_375486224_o

WANCHALERM PAO –  Seorang Underwater Photography profesional yang memiliki diving centre iaitu Gravity Divers di Koh Lanta Thailand. Sesekali ketika tidak di laut beliau mengisi masa lapang dengan mengambil gambar perkahwinan serta Modeling. Namun kebanyakan gambar beliau memang menggunakan lautan kerana beliau tahu makna photography bucket,pool dan lautan. Saya sempat bertemu beliau pada tahun 2012 dan beliau amat ramah dan merendah diri. mengikut maklumat yang saya terima Mat Yie dan Tengku Nazihah yang hebat itu juga pernah berguru dengan beliau !.

537491_261387253991127_1935697031_n

Wanchalerm Pao dan Scuba Jeff di Koh Lanta Thailand . Saya sempat belajar dan mendapatkan nasihat photography dari beliau pada 2012.

1175409_10151839984007692_1440528888_n

292398_10151611303352692_1038598485_n

292398_10151611303352692_1038598485_n

1276378_10151852461447692_2136494705_o

546963_10151844637867692_1883243596_n

Gambar – Gambar di bawah adalah photographer dengan peralatan yang sedang merakamkan keindahan ciptaan Tuhan untuk dipersembahkan kepada anda.

679934_10151136034688282_703661997_o

1098337_395363643926820_1720776970_n

64462_10202021403522891_1324926281_n-1

Saya mahu anak- anak dan generasi akan datang mengenali mereka- mereka ini yang bersusah payah mengorbankan wang ringgit dan usaha dalam menyampaikan keindahan ciptaan-Nya kepada kita. Mereka bukan bucket atau pool underwater photographer !.  Sama – samalah kita menghargai kerja seni Underwater Photgrapher Profesional lautan….terima kasih.

“..BLOG DEN, PENDAPAT DEN SUKO HATI DEN..” jgn marah yer 🙂

1380353_403911256405392_1198829343_n

Diving bersama tetamu Istimewa


DSC03102

Pada 18hb Sept 2013 saya menerima dua tetamu yang tidak boleh bercakap dan mendengar . Saya menjangkakan komukikasi akan sukar tetapi mudah sahaja rupanya. dengan bantuan Note Ipad dan kertas segalanya menjadi mudah. Mereka datang dengan mengambil pakej snorkeling sahaja pada mulanya tetapi hati berdetik untuk mencabar kemampuan diri. hati juga berkata “.. keindahan lautan ini bukankah milik semua manusia tanpa mengenal erti kekurangan dan kenapa tidak aku menggunakan peluang ini mencuba sesuatu yang baru ? ..” . Bawa makcik pakcik menyelam umur 60 an sudah biasa aku lakukan dan kali ini satu cabaran baru yang aku namakan “KEPUASAN” jika berjaya.  Setelah menerangkan akan keindahan menyelam maka aku gunakan taman sesudu dihadapan penginapan sebagai lokasi diving kami yang pertama kerana ianya tidak dalam dan banyak ikan untuk dilihat. Persoalannya bagaimana dengan taklimat dan kelas?

DSC03091

Sebenarnya Taklimat dan kelas amatlah mudah kerana kita memang ketahui penyelam memang menggunakan bahasa isyarat di dalam laut. Papan tulis diguna sebagai menganti percakapan. Ada juga signal yang aku reka dan syukur dia faham. Segalanya berjalan lancar dan kami turun ke laut mencari keindahan.  Setelah mencuba beberapa kali dan setelah selesa bernafas dan menggunakan peralatan kami menyelam. bermula dengan saya pegang hinggalah dia berjaya menyelam sendiri di sebelah saya. namun pemantauan 110% saya lakukan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

DSC03103

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ketika di office mereka memberikan Kad OKU dan mohon untuk mendapatkan diskaun. Saya katakan pada staff saya ” ..katakan bahawa kita tidak menyediakan harga OKU..” . saya tahu bunyinya kasar tetapi biar saya ceritakan dahulu kenapa. Saya tidak mahu meletakkan mereka di satu standard lain kerana pada saya mereka dan kita adalah sama . Dengan menunjukkan kesihan pada mereka akan melemahkan mereka untuk berada bersama bersaing di dunia ini. Tapi saya ada cara saya sendiri yang saya percaya dengannya. Sebelum mereka sampai di mabul saya telah taklimatkan staff saya berbunyi “.. seandainya saya dengar gurauan atau apa-apa jua membuatkan tetamu saya terasa maka satff akan dibuang serta merta..” .  Saya suruh staff melayan mereka dengan mengabaikan kelemahan mereka yang ada. Saya memang tidak bagi diskaun pada mereka tetapi saya memberi dengan cara lain . Sebelah petang saya membawa mereka berjalan- jalan di kampung dan belanja makan di Restoran Borneo Diver Resort. Diving saya berikan percuma serta pengangkutan ke airport tawau saya belanja. Saya tidak akan beri secara terus atas nama Kad OKU. Saya beri sebagai seorang kawan dan tidak kerana kekurangan mereka. Saya tidak suka orang-orang yg melihat dan merenung mereka ketika mereka bertutur dengan bahasa isyarat. Kita kena pastikan mereka tidak terasa dan cubalah terima sebagai standard sama tanpa perlu direnung dan ketawa-ketawa. ” ALL ABOUT RESPECT “.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya sedang merancang untuk membawa 10 orang tetamu pekak dan bisu untuk diberikan diving secara percuma. “.. Now everybody Can Dive !..”

Google Translate

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Stat blog mencecah 47,564 pelawat.


1236166_391650054298179_701245755_n

Kenapa saya memilih bahasa Malaysia untuk blog ini? terlalu banyak blog dalam bahasa english dan kebanyakannya kurang dibaca oleh pakcik,makcik dan anak-anak kerana kurang penguasaan bahasa english. English aku juga agak kurengs baik namun boleh juga aku gunakan penterjemah jika mahu tapi lebih mudah aku memilih bahasa malaysia yang 90% rakyat Malaysia boleh bacakan 🙂 . Kita rojak-rojakkan sikit English dan Bahasa Malaysia ya. Tu ada saya sediakan google translate.  Tujuan sebenar blog ini adalah untuk menanamkan kasih sayang anak2 kepada lautan di mana saya yakin di masa hadapan corak pemikiran terhadap lautan akan lebih baik. Kita lihat negara- negara luar yang menjadikan berenang satu kemestian dan diterapkan pada usia semuda 4 tahun!. Sebagai owner kepada scuba jeff sipadan sdn bhd saya melihat pelbagai tetamu yang datang dan di sinilah saya lihat perbezaannya . anak-anak mat saleh budak2 dah snorkeling dengan baik manakala kita masih takut-takut dengan lautan. Insyaallah saya akan tambah gambar2 indah untuk tatapan anak- anak kita di masa hadapan. blog ini blog kita, sila beri tunjuk ajar agar saya boleh perbaiki di masa hadapan

Google Translate

kenapa dari Zaidi jadi Scuba Jeff ?


credit picture : Bahaman Hashim The legend no1 UW Photographer in Malaysia

 

Scuba jeff atau zaidi adalah orang yang sama. Hari ini saya ingin bercerita bercerita sedikit dimana dan bagaimana saya mendapat nama “scuba Jeff” . Bukanlah saya yang suka- suka menukar nama tu sebab glamour atau apa-apa jua membawa makna poyo. Kisahnya bermula pada 1995 di mana saya pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah.  Pekan Semporna ni memang ramai masyarakat Filipina dari bangsa bisaya yang kurang pandai berbahasa melayu. Beberapa bulan maka aku pun mengenali ramai kawan dan kebanyakannya filipina. Ada seorang kawan ni kata nama saya sukar mereka nak sebut menjadikannya berbunyi” jaeidi ” ha..ha..haa. Lalu dia kata ” can we call u Jeffry? “. aku tanya ” why jeffry?” dia kata muka aku macam pelakon filipina ha..ha..ha..ha..ha. aku ok kan saja apa-apalah mereka nak pnaggil aku sebab aku baru nak berkawan dan malas nak demand-demand hanya pasal nama. semenjak tu entah macamana nama tu melekat pada aku hingga 90% manusia kat semporna panggil aku Jeff !. aiiiyoooo. bagaimana pula datangnya “scuba jeff ?” . Asalnya aku tak suka diving dan takut. masa tu aku bantu uncle chang buat website ( website pertama UC adalah tangan aku ) . Masa tu aku mengenali Joel, Simon dan Rachel merupakan dive master dan instructor di sana. Mereka paksa aku test diving tapi aku tak mahu dan membuatkan mereka semakin meracuni aku dengan diving. setelah hampir sebulan aku berjaya juga dipujuk untuk menyelam buat kali pertama. Selaman yang pertama membuatkan aku terus mengambil lesen menyelam di bawah SSI masa tu. Malam aku tamat kursus Joel membuat ucapan dihadapan lebih 40 orang pelancong luar negara dan dalam negara masa dinner di UC  lebuh kurang bunyinya “..today I create a diving monster and I’m sure he will love this diving more then me..cheers for scuba jeff !!” . maka pelancong asing dah mula panggil aku scuba . maka bercantumlah dua nama tu menjadi ” scuba jeff” .  sekali lagi aku kata kat diri aku ” apa-apalah suka koranglah he..he..he “.  Higga kini serata dunia yang mengenali aku kekal memanggil aku scuba jeff…. poning den 😦

when I'm working
when I’m working