Pulau Payar Project Aware – bersama Ocean Research Conservation And Advance ( ORCA ) Uitm Perlis


Rehabilitasi Terumbu Karang Unit Ocean Research  Conservation And Advance ( ORCA ) Uitm Perlis bersama Kamikaze Diver 

Untitled-1

DCIM101GOPRO

 1185999_375704845892700_1903709864_n

Pulau Payar. Sebuah pulau terletak  lebih kurang 30 minit dari pulau Langkawi. Laut membiru berlatar belakangkan kehijauan hutan tropika, pasir memutih, deruan ombak, air yang jenih memukau mata saya ketika menjejakkan kaki buat kali pertama di sini. Kelihatan tidak kurang 200-300 orang sedang mandi manda, menyelam dan snorkeling . kemudahan pengangkutan feri dari langkawi dan Penang menjadikan Pulau Payar salah satu destinasi persinggahan memudahkan pelancong luar dan dalam Negara mengunjugi pulau ini. Beberapa aktiviti seperti mendaki bukit, jejak rimba dan memerhati mentari terbenam dari menara juga boleh dilakukan di sini.  Diperjalanan kami disambut oleh sekawan Dolphin yang tidaks empat di gambar. Mengikut maklumat yang diterima di sini terdapat juga ikan paus jenis Whale Shark serta Black Tip Shark yang menjadi kegemaran para penyelam untuyk ditemui.  Ketiadaan resort dan chalet membuatkan pulau ini masih asli di darat dan di dasar lautnya. Namun keindahan ini tidak akan kekal tanpa pemeliharaan, pemuliharaan memperbaiki kerosakan yang pemanasan glodal dan perubahan iklim mahupun unsur antropogenik daripada aktiviti manusia . Pada hari pertama saya dibawa melawat ke Makmal Sains UitM perlis diperkenalkan dengan peralatan penyelidikan. Kagum dengan peratalatan yang digunakan da nada antaranya berharga rm1 juta . Alat- alat ini sebahagiannya digunakan bagi memastikan kajian dapat dijalankan bagi mengawal keselamatan makanan dari laut seperti antaranya kandungan merkuri yang tinggi dan bahaya.

1175562_377005299095988_564579626_n

DCIM101GOPRO

DCIM101GOPRO

Memang indah menikmati percutian di sini tetapi tahukah kita penyelidikan dan pemuliharaan dijalankan di Pulau Payar bagi memastikan keindahannya masih tersedia untuk anda di masa hadapan?. Bagi mengekalkan dan menambahbaikan terumbu karang, UitM Perlis Unit Ocean Research  Conservation and Advance ( ORCA ) Uitm Perlis telah menjalankan Rehabilitasi terumbu karang dikawasan pulau Payar ini. Bemula mei 2013 program dijalankan hamper setiap bulan . Dibawah seliaan En. Jamil B. Tajam Pensyarah Program Teknologi Merin UitM Perlis, En. Abd. Hapes B. Mohammad fakulti  Sains Komputer dan Maklumat Uitm , En. Norazwan B. Mokhtar dan Tukun tiruan yang dibuat daripada simen ph8 berbentuk silinder serta batu karang dibiakkan di atas tukun tiruan ini. Tukun juga berperanan sebagai pemampan / alat memperlahankan ombak . Spesis acropora, porites, soft coral digunakan sebagai coral pilihan untuk propagasi batu karang ini.  Setakat ini telah terdapat 10 tukun tiruan di turunkan yang berdiameter 1 meter setiap satu di kawasan tidak jauh dari pantai . Bagi tujuan penyelidikan ini dibiayai sepenuhnya oleh Geran Penyelidikan Jabatan Taman Laut Malaysia berjumlah 20 ribu setahun.

DCIM101GOPRO

En. Jamil b. Tajam Pensyarah Program Teknologi Merin UitM Perlis  –  “ Stesen tetap alat pengukur parameter fiziko kimia air ‘Integrated Coral monitoring system iCOMS ‘ yg telah dibangunkan sepenuhnya oleh UitM Perlis dengan kerjasama Jabatan Taman laut Malaysia telah di pasang di sini. Beberapa lokasi lagi akan dipasang dengan alat ini seperti Pulau Tinggi Mersing dan beberapa lokasi yang akan dikenal pasti . Uitm mengalu- alukan sokongan syarikat- syarikat persendirian untuk menyumbang dana penyelidikan mahupun tenaga, idea memulihara dan memelihara persekitaran merin khususnya terumbu karang yang kini terancam oleh pemanasan glodal dan perubahan iklim mahupun unsur antropogenik daripada aktiviti manusia “.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

IMG_3605

Setelah melakukan selaman sebanyak 6 kali dikawasan ini saya dapat melihat kepelbagaian spesis ikan antaranya jack travely, Triger fish, schoof of yellow snapper dan yang paling memukau mata saya adalah clown fish ( nemo ) yang banyak serta warna yang cantik mudah dilihat di sini . Tidak kurang lebih 100 spesis ikan dapat saya lihat dan saya pasti terdapat lebih lagi di di lokasi menyelam Pulau Payar yang tidak sempat saya selami. Batu Karang juga pelbagai jenis yang memberikan pemandangan persekitarannya indah. Lokasi menyelam yang tidak jauh dari pantai memudahkan penyelam menikmati keindahan dasar lautnya tanpa memerlukan perjalanan jauh ke satu- satu lokasi menyelam. Kepada penyelam yang berminat untuk menikmati keindahan dasar laut disini secara snorkeling mahupun diving boleh hubungi En. Norazwan pengelola Kelab Kamikaze Diving Center ( Arau ) di talian 0195425885  dan Iskandari Diving Center ( Alor Setar ) di talian 0125048407 Ed Barracuda.  Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur saya menemui sebuah gerai “Olala laksa dan cendol “ di kg Mergong Jalan Shahab Alor Setar yang telah menambat hati saya dengan rasanya yang hebat yang belum pernah saya temui . Akhir kata ,berbanggalah bercuti di dalam negara kita.

Advertisements

One thought on “Pulau Payar Project Aware – bersama Ocean Research Conservation And Advance ( ORCA ) Uitm Perlis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s