Underwater Photographer – apo bondo eh tu? colop kamera dalam baldi ko?


Apakah itu underwater photographer?. Underwater yang bermaksud bawah air ataupun di dalam air membawa makna kita di dunia basah bersama kamera. Pelbagai definasi dan percanggahan pendapat dalam hal ini dan saya cuba memperjelaskan makna dan perbezaannya. Celup kamera dalam baldi ambil gambar patung doreamon , Letak kerusi dalam kolam renang duduk pakai baju kahwin, celup kamera dalam parit belakang umah pun boleh juga mengelar diri ” underwater photographer” . Namun adakah ini cukup untuk mengelar diri photographer underwater profesional kerana jika ini cukup ?. Mari kita baca dan fahami agar sama- sama kta faham.

Apo bezonyo amik gambar dalam laut dongan dalam baldi atau kolam ronang? . Jawapan saya hanya satu iaitu ILMU, KEMAHIRAN dan PENYAMPAIAN. Mudah kata anda yang baru selesai menjalani kursus menyelam pun boleh membawa kamera ke dalam kolam atau celup di dalam baldi dan TETAPI berapa ramaikah yang berjaya menyelamatkan kamera mereka daripada tidak hilang ketika membawa kamera menyelam semasa baru selesai kurusus menyelam? Terlalu ramai yang gagal memastikan kembali daripada menyelam dengan kamera juga adalah satu masaalah apatah lagi mendapatkan gambar- gambar indah yang berkualiti.  KEMAHIRAN – Berlawan dengan arus, air yang kabut, bahaya binatang berbisa dan pelbagai lagi yang harus di pelajari serta difahami  diperlukan ketika berada di dasar laut. Kemahiran yang tinggi hanya diperolehi daripada kekerapan anda menyelam kerana buku tidak dapat memebrikan kemahiran ini. ILMU ,Contoh: dua penyelam seorang dari laut dan seorang baru naik dari kolam atau baru lepas celup ambil gambar didalam baldi. soalan saya adalah, kamera yang mana satukah dipenuhi ILMU ?.  PENYAMPAIAN – Adakah gambar wanita seksi atau pengantin duduk di kerusi didalam kolam itu yang kita nak persembahkan pada anak- anak atau hidupan laut ciptaan Tuhan yang kita sendiri adalakanya baru pertama kali lihat ?. Saya juga menyelam di dalam kolam namun ianya adalah pengisian masa lapang namun keutamaan adalah lautan. Kebelakangan ini masyarakat di Malaysia terutamanya disalah berikan info akan maksud Underwater photography PROFESIONAL atau adakah perlu dua pecahan iaitu underwater photographer ocean , underwater photographer bucket or pool ?. Saya rasa tidak perlu kerana cukup kita memahami walau ada orang mensalah tafsirkan.

Saya yang masih mentah dalam photography cuba mencari pelbaga pendapat dan melawat beberapa nama besar did alam negara dan luar negara bagi memahami maksud sebenar “underwater photographer” dari segi keperibadian, kesenian, tahap kefahaman dan kemahiran di dasar laut.  Antara yang pernah saya temui adalah “Mat Yie” di flora resort perhentian besar . Mari kita lihat maksud saya didalam kerja beliau:-

988797_10152852158725075_568027408_nMat Yie – Flora bay Resort Perhentian Besar

170349_10150100037779089_7627913_opicture by Mat Yie.

134768_499254804088_6596008_oPicture by Mat Yie

78029_479636534088_6152577_oPicture by Mat Yie ( Pool – malay wedding dress )

MAT YIE –  Seorang diving instructor yang menjadikan photography sebahagian hidup beliau. menghabiskan masa di lautan dan sesekali mengisi masa lapang  didalam kolam. Menyampaikan keindahan ciptaan Tuhan yang ada di dalam lautan.

            Saya akan bawa pembaca melihat seni dari seorang lagi sifu besar di Malaysia iaitu Mohd hazli hassan atau dikenali dengan Bobo yang menyalurkan cerita keindahan , memulihara dan memelihara keindahan lautan di dalam surat khabar Utusan Malaysia dan majalah Kamera.

988228_10201383499615916_1385599092_nMohd Hazli “Bobo”  Hassan

3327_70708018231_1755464_n

3327_70708048231_3806841_n

175767_10150290004808232_7727354_oMOHD HAZLI HASSAN “BOBO” –  juga seorang instructor dan fokus kepada scuba kids Malaysia. penyerapan cintakan keindahan lautan melalui gambar dan pembelajaran oleh beliau kepada kanak-kanak yang pasti akan membuatkan Malaysia dibanjiri masyarakat mencitai lautan di masa hadapan!.

1015283_10151520307312336_2146071719_oTengku Nazihah

TENGKU NAZIHAH – Seorang wanita dan seorang yang telah bergelar Ibu yang saya pandang tinggi namun tidak sempat lagi saya bongkar rahsia beliau. Tengku Nazihah seorang underwater photographer lautan yang memiliki ” mata ketiga “sering berjaya menghasilkan teknik dan corak editing yang amat berkualiti tinggi.  Mari saya kongsikan beberapa gambar beliau. TERPUKAU BUKAN? 🙂

278230_10151247655847774_1817099035_o

620951_10151148871652774_493322165_o

547922_10151038143712774_1817481864_n

BAHAMAN HASHIM – Saya akhiri dengan satu lagi nama legenda antara Underwater Photograper No1 di Malaysia iaitu Bahaman Hashim fiunder Dive Buddy Malaysia . Beliau juga seorang pensyarah Photography bebas kepada UNISEL . Ribuan insan seni photography telah beliau hasilkan di Malaysia . Hidup bersama lautan hampir sama dengan usia saya. Mari kita lihat gambar- gambar yang dihasilkan oleh lagenda ini.

1039498_10151537286403282_2001323649_o

706273_10151169929758282_167321138_o

1119854_10151603823618282_1335639788_o

10120_132688448281_4973009_n

Bahaman hashim yang ini berusia 52 thn mendapat pendidikan di UitM pada usia 19 thn dan Art Institute Of Chicago USA 24 thn kini mengusahan sebuah dive shop di akuatik Shah Alam sebagai Pensyarah bebas photography UNISEL dan juga instructor menyelam PADI. Keseniaan beliau sukar untuk diungkapkan dengan kata- kata selain memahami dengan hati seni para pembaca. Apabila beliau tidak ke laut maka bagi mengisi masa lapang Bahaman hashim  menyediakan sebuah studio bagi yang berminat mengambil gambar perkahwinan, iklan dan sebagainya di Aqua Light and Motion di Shah Alam.

1053319_10151542976043282_1235468519_o

1063773_10151548136373282_1862994413_o

Mereka-mereka ini adalah antara yang saya sempat  berjumpa dan kenali hasil seni mereka dan pada saya mereka inilah “Underwater Photographer” sebenar. Menyampaikan ilmu kepada masyarakat dan anak- anak kita amnya. Insyallah saya akan temui ramai lagi Underwater Photographer Ocean. Di masa hadapan sendainya ada manusia mengelar diri mereka ” saya adalah pengasas ataupun saya adalah underwater photographer underwater No1 Malaysia atau terbaca di mana- mana akhbar menerbitkan hal ini pastikan kita lihat adakah ianya mengatakan tentang Underwater Photographer ocean atau underwater photographer bucket / Pool.  Pada saya Underwater photographer adalah seseorang yang memiliki lesen menyelam dan photography yang mengkongsikan keindahan ciptaan Tuhan pada manusia lain . Saya tidak mahu salahkan pihak akhbar 100% kerana mereka cuba membantu tapi kerana kurang pengetahuan akan diving itu sendiri membuatkan mereka menerima apa yang diperkatakan oleh photographer itu. Mereka berniat baik cuma terjumpa manusia yang salah.  Kepada media saya kongsikan sedikit tips menilai photographer underwater ” ILMU, KEMAHIRAN DAN PENYAMPAIAN” . Jadikan 3 perkara ini dalam menilai seseorang antara photographer underwater ( Ilmu Kemahiran ) dan photographer underwater profesional ( Ilmu, Kemahiran dan Penyampaian ).

     Tidak semudah photographer didarat menjadi underwater photographer lautan adalah seuatu yang memerlukan skill menyelam yag tinggi serta skill penggunaan peralatan kamera yang baik. Bukan itu sahaja malahan harga peralatan kamera dasar laut yg boleh mencecah rm50K! dan berisiko rosak oleh air pada bila-bila masa atas sedikit kecuaian membuatkan tidak ramai orang mahu menerokai aktiviti ini.   Kepada pembaca yang melihat mana- mana hasil seni photography dasar laut hargailah kerana gambar- gambar ini di hasilakn agar anda dapat melihat keindahan dasar laut ciptaan Tuhan bersama . Mari saya tunjukkan bagaimanakah sebuah set lengkap kamera dasar laut dikemudi.

IMRAN AHMAD –  Warga Singapura yang namanya kini amat terkenal di serata dunia kerana penghasilan gambar yang amat hebat. Belaiu banyak menghabiskan masa di Malaysia mempersembahkan keindahan Malaysia kepada dunia. Antara hasil kerja beliau boleh di lihat di sini http://www.uwphotographers.net/2012/02/uwp-imran-ahmad.html .  Lihatlah keindahan hasil jemari Imran Ahmad. Insyallah saya akan menemui beliau di masa hadapan bagi mendapatkan ilmu dan nasihat photography dari beliau.

1167163_10151686670206921_534465417_o

1243681_10151658570271921_375486224_o

WANCHALERM PAO –  Seorang Underwater Photography profesional yang memiliki diving centre iaitu Gravity Divers di Koh Lanta Thailand. Sesekali ketika tidak di laut beliau mengisi masa lapang dengan mengambil gambar perkahwinan serta Modeling. Namun kebanyakan gambar beliau memang menggunakan lautan kerana beliau tahu makna photography bucket,pool dan lautan. Saya sempat bertemu beliau pada tahun 2012 dan beliau amat ramah dan merendah diri. mengikut maklumat yang saya terima Mat Yie dan Tengku Nazihah yang hebat itu juga pernah berguru dengan beliau !.

537491_261387253991127_1935697031_n

Wanchalerm Pao dan Scuba Jeff di Koh Lanta Thailand . Saya sempat belajar dan mendapatkan nasihat photography dari beliau pada 2012.

1175409_10151839984007692_1440528888_n

292398_10151611303352692_1038598485_n

292398_10151611303352692_1038598485_n

1276378_10151852461447692_2136494705_o

546963_10151844637867692_1883243596_n

Gambar – Gambar di bawah adalah photographer dengan peralatan yang sedang merakamkan keindahan ciptaan Tuhan untuk dipersembahkan kepada anda.

679934_10151136034688282_703661997_o

1098337_395363643926820_1720776970_n

64462_10202021403522891_1324926281_n-1

Saya mahu anak- anak dan generasi akan datang mengenali mereka- mereka ini yang bersusah payah mengorbankan wang ringgit dan usaha dalam menyampaikan keindahan ciptaan-Nya kepada kita. Mereka bukan bucket atau pool underwater photographer !.  Sama – samalah kita menghargai kerja seni Underwater Photgrapher Profesional lautan….terima kasih.

“..BLOG DEN, PENDAPAT DEN SUKO HATI DEN..” jgn marah yer 🙂

1380353_403911256405392_1198829343_n

Advertisements

One thought on “Underwater Photographer – apo bondo eh tu? colop kamera dalam baldi ko?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s