Diving bersama tetamu Istimewa


DSC03102

Pada 18hb Sept 2013 saya menerima dua tetamu yang tidak boleh bercakap dan mendengar . Saya menjangkakan komukikasi akan sukar tetapi mudah sahaja rupanya. dengan bantuan Note Ipad dan kertas segalanya menjadi mudah. Mereka datang dengan mengambil pakej snorkeling sahaja pada mulanya tetapi hati berdetik untuk mencabar kemampuan diri. hati juga berkata “.. keindahan lautan ini bukankah milik semua manusia tanpa mengenal erti kekurangan dan kenapa tidak aku menggunakan peluang ini mencuba sesuatu yang baru ? ..” . Bawa makcik pakcik menyelam umur 60 an sudah biasa aku lakukan dan kali ini satu cabaran baru yang aku namakan “KEPUASAN” jika berjaya.  Setelah menerangkan akan keindahan menyelam maka aku gunakan taman sesudu dihadapan penginapan sebagai lokasi diving kami yang pertama kerana ianya tidak dalam dan banyak ikan untuk dilihat. Persoalannya bagaimana dengan taklimat dan kelas?

DSC03091

Sebenarnya Taklimat dan kelas amatlah mudah kerana kita memang ketahui penyelam memang menggunakan bahasa isyarat di dalam laut. Papan tulis diguna sebagai menganti percakapan. Ada juga signal yang aku reka dan syukur dia faham. Segalanya berjalan lancar dan kami turun ke laut mencari keindahan.  Setelah mencuba beberapa kali dan setelah selesa bernafas dan menggunakan peralatan kami menyelam. bermula dengan saya pegang hinggalah dia berjaya menyelam sendiri di sebelah saya. namun pemantauan 110% saya lakukan agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

DSC03103

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ketika di office mereka memberikan Kad OKU dan mohon untuk mendapatkan diskaun. Saya katakan pada staff saya ” ..katakan bahawa kita tidak menyediakan harga OKU..” . saya tahu bunyinya kasar tetapi biar saya ceritakan dahulu kenapa. Saya tidak mahu meletakkan mereka di satu standard lain kerana pada saya mereka dan kita adalah sama . Dengan menunjukkan kesihan pada mereka akan melemahkan mereka untuk berada bersama bersaing di dunia ini. Tapi saya ada cara saya sendiri yang saya percaya dengannya. Sebelum mereka sampai di mabul saya telah taklimatkan staff saya berbunyi “.. seandainya saya dengar gurauan atau apa-apa jua membuatkan tetamu saya terasa maka satff akan dibuang serta merta..” .  Saya suruh staff melayan mereka dengan mengabaikan kelemahan mereka yang ada. Saya memang tidak bagi diskaun pada mereka tetapi saya memberi dengan cara lain . Sebelah petang saya membawa mereka berjalan- jalan di kampung dan belanja makan di Restoran Borneo Diver Resort. Diving saya berikan percuma serta pengangkutan ke airport tawau saya belanja. Saya tidak akan beri secara terus atas nama Kad OKU. Saya beri sebagai seorang kawan dan tidak kerana kekurangan mereka. Saya tidak suka orang-orang yg melihat dan merenung mereka ketika mereka bertutur dengan bahasa isyarat. Kita kena pastikan mereka tidak terasa dan cubalah terima sebagai standard sama tanpa perlu direnung dan ketawa-ketawa. ” ALL ABOUT RESPECT “.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Saya sedang merancang untuk membawa 10 orang tetamu pekak dan bisu untuk diberikan diving secara percuma. “.. Now everybody Can Dive !..”

Google Translate

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s